SELAMAT DATANG KE DUNIA KANAK-KANAK

TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak terdiri daripada:

     1. Imam Al-Ghazali
     2. Ibnu Khaldun
     3. Johann Heinrich Pestalozzi
     4. Friedrich Froebel
     5. Maria Montessori
     6. John Dewey
     7. Martin Luther
     8. John Amos Comenius
     9. Jean Piaget
    10. Lev Vygotsky


IMAM AL-GHAZALI



PROFIL IMAM AL-GHAZALI


  • Nama sebenarnya ialah Abdul Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Al-Ghazali dan merupakan tokoh islam yang pertama.
  • Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi di sebuah kampung bernama Ghazalah        Dulayah Qursan di Negeri Parsi yang terletak di Thus wilayah Khurasah.
  • Pada tahun 484 Hijrah, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tingga Nizamiah.
  • Pada tahun 489 Hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan Mekah.
  • Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI

  • Beliau pula melarang mendenda kanak-kanak secara keterlaluan.
  • Imam Al-Ghazali juga melarang mencemuh kanak-kanak kerana ia akan menimbulkan kebencian kepada mereka.
  • Mengalakkan kaedah bermain kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
  • Melalui aktiviti bermain ia dapat membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka.
  • Aktiviti bermain juga menurut Imam Al-Ghazali akan dapat menggembirakan mereka serta memberi rehat setelah penat belajar.

PANDANGAN DAN IDEA-IDEA BELIAU

  • Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu:
    • Sejak lahir hingga 4 tahun
    • 5 tahun hingga 7 tahun
  • Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adab pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia.
  • Seorang kanak-kanak haruslah diajar sejak lahir lagi
  • Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
  • Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
  • Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
  • Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

ADAB MAKAN YANG DITEKANKAN OLEH IMAM AL-GHAZALI

  • Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja.
  • Baca bismillah sebelum makan.
  • Ambil makanan yang paling dekat dengan anda.
  • Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.
  • Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang sedang makan.
  • Jangan gopoh ketika makan.
  • Kunyah makanan ke dalam mulut dengan gopoh.
  • Jangan kotorkan tangan dan pakaian dengan makanan.
  • Biasakan diri makan tanpa lauk pada waktu-waktu tertentu agar anda tidak terlalu mengharap mendapat lauk setiap kali anda makan.
  • Ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa makan terlalu banyak merupakan kelakuan buruk. Al-Ghazali memanggil orang yang makan terlalu banyak sebagai haiwan.
  • Kanak-kanak perlu dihalang daripada mendengar cerita-cerita lucah kerana ia boleh merosakkan akhlak mereka.


NASIHAT BELIAU KEPADA GURU 

  • Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
  • Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
  • guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.